SERASI SMK Sandakan
SMK Sandakan merupakan salah sebuah sekolah di daerah Sandakan yang aktif terlibat dalam aktiviti-aktiviti Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI). Antara kejayaan dan pencapaian tertinggi yang pernah dimenangi dalam pertandingan SERASI tempat ketiga Anugerah Dewan Makan Sekolah Menengah Berasrama Bersih 2011 Peringkat Negeri, Peringkat Akhir Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar 2005, Pemenang Saguhati Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar 2005 dan 2010. Dalam tempoh lima tahun ke hadapan, SMK Sandakan akan meneruskan pelbagai aktiviti pendidikan alam sekitar dan akan menyertai penilaian Wira Serasi sekali lagi bagi melayakkan diri menyertai Anugerah Mentoring Serasi di peringkat negeri Sabah. Oleh yang demikian satu perancangan yang mantap dan kerjasama yang padu oleh semua warga sekolah perlu digembling bagi mencapai kejayaan dalam pertandingan ini. Di samping itu, program SERASI ini juga dapat mendidik warga sekolah agar mempunyai nilai murni mesra alam sekitar dalam diri mereka.